"Kalau kita benar-benar mencintai Al-Quran, sudah pasti kita wajib mencintai pencipta Al-Quran iaitu Allah." Kata panel pertama Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir.
*****
"Terlalu banyak kisah dalam Al-Quran termasuklah kisah cinta, kita boleh cari ibrah daripada kisah Adam dan Hawa, Kisah cemburunya Qabil kepada Habil sehingga dia sanggup membunuh Habil demi wanita, Kisah Putera Sulaiman dan Ratu Balqis serta banyak lagi!" Kata panel kedua Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid.
*****
"Allah sengaja menimbulkan tanda tanya kepada kita untuk kita mengkaji berkenaan bilangan sebenar Ashabul Kahfi, ada yang kata bilangan mereka 3, ada yang kata bilangan mereka 5 dan ada yang kata bilangan mereka 7 (termasuk Anjing Qitmir). Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Dan ingatlah bahawa, kalau kita jarang membaca Al-Quran maka hati kita akan menjadi keras." Kata panel pertama Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir.
*****
"Kalau kita sudah bekeluarga, perkara yang paling penting bagi kita sebagai seorang ibu atau ayah adalah sifat sabar. Sekiranya kita ada sifat ini, insyallah keluarga anda akan lebih tenang." Kata panel kedua Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid.
*****
"Dalam kehidupan ini ada empat macam jenis orang:
1) Golongan tak baca Al-Quran
2) Golongan yang baca Al-Quran untuk majlis
3) Golongan yang memperbetulkan tajwid untuk taranum
4) Golongan yang benar-benar membaca, mentadabbur dan menghayati Al-Quran."
Rumusan oleh panel pertama Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir.
*****
P/s: Terima kasih buat Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM (PMFPI) kerana sudi menjemput saya sebagai moderator bagi Nur Qalbi Mega Karnival Mahabbah UKM ini. Salah silap terlanjur bicara semasa saya mengendalikan forum ini mohon dimaafi. :)