Tuesday, 1 December 2015


LELAKI BUKAN EGO.
(by: Izzul Islam Shuhaimi)

Lelaki bukan ego. Lelaki dilahirkan untuk memimpin para wanita. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan wanita. Lelaki bukan ego. Kerana dia lebih suka berdiam berbanding bercerita. Dia suka berfikir untuk melihat jauh kebaikan buat manusia disekelilingnya.

Hati lelaki bukan batu yang tidak punya perasaan, tetapi dia punya pengalaman yang berpegang kepada sesuatu keputusan. Dia bukan benci wanita, tapi dia sanggup dirinya dibenci untuk melihat wanita itu bahagia. Bila berjalan di pasaraya, dia akur apa yang wanita kata. Wanita mahu itu, dia angguk. Wanita mahu ini, dia angguk. Senyuman di bibir wanita sudah mampu mengubati hati dia. Cuma wanita masih kurang rasa.

Dialah lelaki yang punya visi dan misi tersendiri yang mahu dicapai suatu hari nanti. Dia tahu dia punya amanah, dan dia tahu dia punya tanggungjawab besar. Kerana itulah dia banyak berpegang pada prinsip untuk buatkan semua orang bahagia.

Jangan memandang lelaki ego, kerana dia cuba untuk berusaha mengubah dirinya. Dia tahu adakalanya dia silap dan dia mahu untuk memperbaikinya. Kerana dia tidak suka disoal apa yang telah dilakukannya. Sudah cukup!

Lelaki rela menjadi roda kepada kereta. Walaupun, roda berada level paling bawah pada sebuah kereta. Tetapi dia tahu tahu rodalah bahagian yang paling penting untuk menggerakkan kereta. Biarpun digilis setiap perjalanan menuju destinasi, tetapi lelaki bahagia melihat pemandu gembira selamat sampai bertemu yang dicinta.

Di saat bertemu kawan di kedai kopi. Dia menyambut penuh mesra bagai sudah bertahun tidak berjumpa. Bertukar pendapat dan berita menjadi topik utama. Di situlah medan untuk bertukar nasihat dan teguran buat dirinya. Mereka bukan hanya cerita kedai kopi. Tapi yang pasti dia puas apabila pulang dengan solusi.

“Mai lagi secawan..”

Tiada ego dalam persahabatan. Gaduh hari ini, sekejap lagi baiklah. Makanan sanggup dikongsi. Pakaian sanggup dipinjam. Katil sanggup dikorban. Ukhwah yang terbina tanpa sedar umpama filem 3 idiots sudah menjadi kukuh tanpa sangka. Burung berterbangan bagai filem Merciful umpama sudah tahu untuk meraikan.

Apabila selesai menjamu selera di kedai dengan perbincangan sensasi. Dia cuba berebut untuk menjadi orang pertama membayar semua makanan sahabatnya itu. “Aku dah bayar.” Ungkapan yang membuatkan sahabat-sahabatnya tersenyum seperti Joker sebagai tanda terima kasih.
Cukuplah panggil lelaki ego.

Berilah kepercayaan kepada lelaki untuk memimpin. Percayalah pada dia. Dan bantu dia untuk terus memimpin. Tanpa wanita juga lelaki tempang. Tempang dari sisi pandang seorang wanita buat seorang lelaki sepertinya. Kerana lelaki bukannya malaikat seperti yang kau sangka. Percayalah..

Dan ketahuilah bahawa Rasulullah juga adalah seorang lelaki..

#Halaman 05

izzulislamshuhaimi
12022015

Saturday, 2 May 2015

Hang nak tolong dak?

“Kalau hang tolong agama Allah, Nescaya Allah akan tolong hang.” Surah Muhammad 7:47
Jangan pantang mengalah wahai mujahid! Syahid atau Mati!

Sunday, 26 April 2015

Pertandingan Nasyid

"Walaupun kami tidak bergelar juara, aku kira ini adalah salah satu kejayaan kami dalam menyampaikan dakwah dalam bidang hiburan. Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya!"
P/s: Kumpulan Bro Muhammad Hafeez dan Kumpulan 5 minit Aizan JamaeinAkshay Luqman Milner Yushafizie Yusof

Moderator Nur Qalbi Mega!

"Kalau kita benar-benar mencintai Al-Quran, sudah pasti kita wajib mencintai pencipta Al-Quran iaitu Allah." Kata panel pertama Ustaz  Dr. Nidzam Abdul Kadir.

*****

"Terlalu banyak kisah dalam Al-Quran termasuklah kisah cinta, kita boleh cari ibrah daripada kisah Adam dan Hawa, Kisah cemburunya Qabil kepada Habil sehingga dia sanggup membunuh Habil demi wanita, Kisah Putera Sulaiman dan Ratu Balqis serta banyak lagi!" Kata panel kedua Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid.

*****

"Allah sengaja menimbulkan tanda tanya kepada kita untuk kita mengkaji berkenaan bilangan sebenar Ashabul Kahfi, ada yang kata bilangan mereka 3, ada yang kata bilangan mereka 5 dan ada yang kata bilangan mereka 7 (termasuk Anjing Qitmir). Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Dan ingatlah bahawa, kalau kita jarang membaca Al-Quran maka hati kita akan menjadi keras." Kata panel pertama Ustaz  Dr. Nidzam Abdul Kadir.

*****

"Kalau kita sudah bekeluarga, perkara yang paling penting bagi kita sebagai seorang ibu atau ayah adalah sifat sabar. Sekiranya kita ada sifat ini, insyallah keluarga anda akan lebih tenang." Kata panel kedua Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid.

*****

"Dalam kehidupan ini ada empat macam jenis orang:
1) Golongan tak baca Al-Quran
2) Golongan yang baca Al-Quran untuk majlis
3) Golongan yang memperbetulkan tajwid untuk taranum
4) Golongan yang benar-benar membaca, mentadabbur dan menghayati Al-Quran."

Rumusan oleh panel pertama Ustaz  Dr. Nidzam Abdul Kadir.

*****

P/s: Terima kasih buat Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM (PMFPI) kerana sudi menjemput saya sebagai moderator bagi Nur Qalbi Mega Karnival Mahabbah UKM​ ini. Salah silap terlanjur bicara semasa saya mengendalikan forum ini mohon dimaafi. :)





Thursday, 23 April 2015

Kenyang Sangat!

"Ummat Islam di Palestin mati dalam peperangan tetapi ummat Islam di Malaysia mati dalam kekenyangan."

Perit rasanya diri ini apabila diuji satu hari perut tanpa isi, bertahan lapar sehingga tertidur lentok sambil menunggu hujan berhenti.

Bangun sahaja dari tidur perut masih berbunyi, Lapar!

Hanya bertahan dengan beberapa keping roti yang dimakan pada pagi hari. Perut ini lapar!

Aku inginkan langit yang cerah, tetapi Allah menurunkan hujan..
Aku bersedih sendirian, bukan rezeki aku kot..
Hujan sudah berhenti, rupa-rupanya Allah menghadiahkanku pelangi..
Ohh Indahnya!

"Izzul dah makan?" Soal syahmi.

"Belum.. Jom makan, laparlah!"

"Kau makan steambot tak?" Soal syahmi lagi.

"Ermm.. Nak makan steambot ke? Tak nak lah.."

"Kau tak nak? Aku belanja." Kata Syahmi

"Yeke? Yeah!"

Tak sangka Allah mengatur hidupku pada hari ini seperti ini!

Jimat dan sedap!

Alhamdulillah...

Tidur dalam kekenyangan.. zZzZzZ...

#Halaman 04

izzulislamshuhaimi
04232015


Wednesday, 22 April 2015

Dia terima kita?

Sayang sekali sekiranya setiap hari kita tidak tahu apa yang telah kita lakukan? Hanya omongan dibibir mulut manis menyebutnya sahaja, tidak mengerti sepatahpun maksud yang hendak disampaikan.

Bagaimana mahu mencari cinta dia kalau cinta pencipta hanya melepaskan batuk ditangga sahaja, kita rasa berapa banyak amalan kita yang diterimanya? sedangkan para alim ulama' pun sering berkata amalan merekapun belum tentu diterimaNya. Kita?

Aku hanya mampu melontarkan persoalan, dan kita punya jawapan. Nak dan tak nak je muhasabah.

Peluang mencari dan menggali untuk menjadi lebih baik takkan pernah putus, penghujungnya adalah Mati! Selagi kita belum tamat riwayat hidup ini kita masih dalam proses memperbaiki dan terus membaiki.

Bermula dari kita, Keluarga kita, Kawan-kawan kita dan masyarakat disekeliling kita.

Peluang masih ada Bro.

#Halaman 03

izzulislamshuhaimi
04232015

Ubahkah Aku?

Aku pernah jatuh! Aku pernah hampir putus asa! Aku bagaikan tidak merasa aku sedang belajar!

Aku sedang mencari cahaya pulang, pulang kepada kebenaran kenapa aku hidup di atas muka bumi Allah ini?

Dimanakah kedudukan aku disisi Allah? Apakah aku lebih hina berbanding orang-orang jahil dan munafik?

Aku takut! Aku takut tubuhku diratah api yang tiada tandingnya di dunia. Api yang bisa menghancurkan gunung dan bukit dalam sekelip mata.

Aku mencari lagi, dimanakah cahaya itu?

Aku cuba merobek isi hati, aku cuba mencari di sekitar taman syurga dan aku cuba mencuri nasihat-nasihat sahabat disekelilingku. Aku belajar daripada mereka!

Aku rindu Nabi, Aku sayang Ummi, Aku sayang Abah dan Aku sayang seluruh ummat dimuka bumi.

Kerana aku sayang merekalah aku menulis disini!

Aku sentiasa mencuba untuk mengubah segalanya bertemu syurga, mengubah adat yang agak mustahil bagi seorang anak lelaki sulong dan mengubah diri menjadi tunduk dengan perintah Ilahi.

Peluang bukan untuk diteruskan semata, tetapi untuk mencipta! Mencipta sesuatu yang baru dan mampu meraih redha Allah dan bukannya memaling darinya.

Aku pernah silap dalam ungkapan kata-kata, aku pernah silap dalam mentafsir bahasa dan aku pernah silap ketika berdusta.

Semua itu menyebabkan aku belajar, belajar dan terus belajar,'

dan aku memegang kalimat Allah ini:

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad ayat 7)

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah At-Taubah ayat 41)

#Halaman 02

izzulislamshuhaimi
04232015

Aku Berpeluang!

Hari ni Allah selamatkan diri ini dari malapetaka! dan hari ini juga Allah memakbulkan doaku 10 Tahun yang lalu.

Aku hampir kemalangan bertembung kereta, mybe Allah sengaja mengajar aku melalui perjalanan tadi.

Aku takut! Andai aku pergi saat pertembungan tadi, adakah aku mampu menjawab segala persoalan Munkar Nakir nanti?

Apakah cukup bekalan amalku untuk dibawa bertemu Allah? Aku takut ya Allah!

Menulis disini bukan bererti amalanku sudah mantap, tetapi aku menulis disini untuk peringatan diri dan anda juga.

Peluang untuk hidup di dunia ini hanya sekali, berusahalah dengan sebaiknya kawan.

Nadi semakin lemah, tenaga semakin kurang, perjalanan semakin dekat, umur semakin pendek dan maut sedang menanti.

hanya dua pilihan sahaja!

Syurga atau Neraka.

#Halaman 01

izzulislamshuhaimi
04222015



Tuesday, 21 April 2015

Bro Nazry

"Aku ada seorang sahabat bernama Nazry. Kalau dia nak dapatkan semula semangat untuk study, dia akan tonton filem yang membina dan semangat dia akan kembali membuak-buak setelah menonton filem tersebut."
P/s: Aku rasa ini adalah salah satu tips yang berguna sebelum study bagi yang ada masa lapang lah. smile emoticon

Tiga Kunci

"Ummi aku cakap kalau nak kahwin kena ada tiga kunci, pertama kunci rumah, kedua kunci pejabat dan ketiga kunci kereta."
Dan aku pun jawab, "Kalau macam tu izzul nak jadi guard lah, banyak sikit kunci." Aku tersengeh. wink emoticon
P/s: Kunci yang paling penting adalah benar-benar bersedia memikul amanah.

Monday, 20 April 2015

Sang Pemburu

"Kalau Johan nak tahu lelaki sebenarnya pemburu."
"Betul tu ustaz, kawan saya cakap lelaki ni memang suka buru wanita. Apa yang kawan saya cakap sama lah dengan apa yang ustaz cakap, lelaki ni memang pemburu." Kata Johan sambil tersenyum.
"Saya tak habis cakap lagi Johan.. Lelaki sebenarnya pemburu rezeki untuk keluarga bukannya pemburu wanita."
P/s: Kalau lelaki jadi pemburu, perempuan jadi apa pulak ye?

Sunday, 19 April 2015

Bila Sahur?

"Ni ummi belikan roti & kaya untuk izzul dan kawan-kawan bersahur esok." Kata ummi sambil menghulurkan bungkusan plastik roti kepada aku.

"Terima kasih ummi, doakan kami mudah-mudahan kami dapat bersahur sebelum subuh esok ye." Jawab aku sambil tersengeh.

P/s: Bukan ke sahur tu memang sebelum subuh je ke?
Roti cicah kaya = Rokaya